Tidur yang cukup dapat membantu mengembalikan tenaga dan mengurangkan tekanan. Selain itu, tidur juga dapat membantu mencergaskan fizikal dan mental seseorang.
Tidur yang cukup dan selesa juga membolehkan seseorang itu kelihatan muda. Elakkan dari tidur meniarap atau mengiring kerana graviti menjadikan kulit muka kelihatan kendur dan sembap.
Cara terbaik adalah tidur dengan bantal di bawah kepala yang membolehkan proses penegangan kulit muka serta mengelakkan bakteria yang ada di rambut atau bantal terkena pada kulit muka.
Sekaligus membantu dalam menjaga kesihatan kulit muka agar sentiasa bersih, sihat dan kelihatan muda bermaya.
Post a Comment Blogger Facebook